Tentang Kami

Misi dan sejarah kami

Di batunisan.com, kami memahami bahawa kehilangan insan tersayang adalah satu ujian yang berat. Sejak tahun 2010, perniagaan keluarga kami di Melaka telah berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk membantu anda menyediakan tanda kenangan yang sempurna dan penuh makna bagi mereka yang telah kembali kepada Maha Pencipta.

Kenapa Pelanggan Memilih Kami

Batu Tahan Lama dan Mudah dijaga

Pelbagai jenis dan warna batu nisan

Jaminan Setahun

Haji Ramli

Pengasas

Nilai Ihsan memandu kami dalam setiap aspek kerja. Kami berusaha untuk memberikan bukan sahaja produk yang berkualiti tinggi, tetapi juga pengalaman perkhidmatan yang penuh empati dan memahami keperluan anda di waktu yang sukar ini.

Mesej Kami Untuk Anda

mendoakan agar anda sentiasa diberikan kesabaran dan keredhaan dalam menghadapi setiap dugaan. Semoga anda terus kuat dalam menghadapi cabaran hidup ini. Teruslah menyayangi keluarga anda, kerana ikatan kekeluargaan adalah anugerah yang tidak ternilai.

Adalah menjadi penghormatan bagi kami untuk membantu anda dalam menyediakan tanda kenangan yang abadi. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, dan biarlah kami membantu anda dengan penuh Ihsan.